Friday, November 20, 2009

Signboard umno kat bandar Temerloh


UMNO Temerloh sedang meng 'gila' dengan memasang signboard diseluruh bahagian,tidak kira dalam bandar pun dipasang juga. kalau dulu signboard PAS abih kena tebang dan buang ,kini umno jadi raja.. kalau MPT berani ambiklah tindakan..

kalau ada permit boleh pasang kat bandar bagi sama kat pembangkang,bleh pasang jugak..

YDP Cameron Highland Meninggal Dunia


Ustaz Ahmad bin Ludin, Yang Di Pertua PAS Kawasan Cameron Highlands kembali ke rahmatullah pada Jumaat 20 November 2009, semalam. Beliau yang baru selesai memberikan kuliah sebelum solah Jumaat rebah berhampiran tempat wuduk sebelum masuk wamtu solat Jumaat di Masjid Kg Keledek, Bukit Betong, Kuala Lipis.
Beliau yg dilahirkan pada 28 Mei 1946 adalah anak jati Lipis dan merupakan lulusan Kuliah Abu Bakar di Pekan Pahang.

Beliau meninggalkan seorang balu dan 14 orang anak (11 lelaki dan 3 org perempuan). Semasa hayatnya pernah memegang pelbagai jawatan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan Lipis sebelum Kawasan tersebut dipecah dua mewujudkan Kawasan Parlimen Cameron Hihghlands ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003. Beliau mengambil alih jawatan YDP PAS Kawasan Cameron Highlands daripada Allahyarham Ustaz Kassim Yahya yang berundur membeli laluan pada tahun 2007.

Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP) merakamkan takziah kepada keluarga beliau dan berharap ahli keluarga dan seluruh ahli PAS Kawasan Cameron Highlands bersabar menghadapi ujian Allah untuk meneruskan perjuangan. BPPNP diwakili oleh Timbalan Pesuruhjaya, Dr Hamzah Jaafar dan Setiausaha Perhubungan Negeri, En. Roslan Zainal menziarahi jenazah dan keluarga beliau di Masjid Kg Keledek pada lewat petang semalam. Jenazah beliau disemadikan di perkuburan Islam Kg Keledek lewat malam.

PAS Pahang sesungguhnya kehilangan seorang tokoh pejuang yang amat komited, ikhlas dan banyak berkorban untuk jemaah Islam. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada.

Sunday, November 15, 2009

19 PAS LULUS KPI DGN CEMERLANG- LIM KIT SIANG

KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.

Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya.

Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.

Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.

“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.

Lalu Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.

“Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.

Thursday, November 12, 2009

Bersiap Wahai Pemuda...

Kemenangan Islam tidak datang mengolek.Nabi pun menempuh payah dan sukar untuk memastikan Islam menang dan mentadbir umat manusia,apatah lagi kita umatnya jangan ingat senang untuk menang..bangunlah untuk buat kerja jamaah,kurangkan bercakap banyakkan berkerja..

ingatlah apa yang kita seru nafsu dan syaitan tak pernah setuju,tentu ia sukar dan perlukan pengorbanan..

AWAS!!!

Pemuda Umno Anjur Kursus Perdana Mulai 3 Hingga 6 Disember

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan menganjurkan kursus perdana bagi merangka strategi untuk menarik minat golongan belia menyertai pergerakan itu dan membuat perancangan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata kursus itu akan berlangsung selama tiga hari mulai 3 Disember ini di Institut Latihan Memperkasa Umno (Ilmu), Janda Baik, Pahang.

"Kira-kira 400 Ketua Pemuda Bahagian dan Naib Ketua Pemuda Bahagian akan menghadiri kursus itu yang bertujuan memperkasakan pergerakan Pemuda Umno dengan merancang bagaimana untuk menambah pendaftaran ahli baru, pendaftaran pengundi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini malam semalam.

Beliau berkata kursus itu juga dianjurkan selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Katanya Pemuda Umno akan menganjurkan program rakyat dan sambutan Aidiladha di Bagan Pinang, Negeri Sembilan sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penduduknya yang memberi kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri itu baru-baru ini. BERNAMA

Wednesday, November 11, 2009

Dahlah kena tinggal ,jatuh talak pulak..

"Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? dahla kena tinggal, jatuh talak pula- MB Kedah

apa yang disebut oleh MB kedah tu betul ,lafaz taklik yang diamalkan sekarang sepatutnya dibising2kan..

adakah ianya memberikan keadilan pihak wanita,klau kita lihat berlonggok2 kes pencerian yang berlaku tetapi tak dpt diselesaikan oleh mahkamah..buat apa bertaklik

tengah syok2 kawin (akad nikah) dah cerita pasal cerai berai (lafaz taklik lepas akad)..kalau tengok sirah takde pulak sahabat yang disuruh bertaklik spt yang diamalkan oleh kerajaan bn ni..

DPP Adakan Pertemuan Dengan Aziz Bari


KUALA LUMPUR, 11 Nov: Selepas para exconya mengasak Profesor Dr Aziz Bari dalam seminar memperkasakan parti Sabtu, 7 November lepas, pimpinan Dewan Pemuda PAS dan Aziz beramah mesra pula hari ini.

Pertemuan susulan Pemuda PAS dengan tokoh akademik ini pada hari ini, menunjukkan keterbukaan sayap PAS dan Aziz menerima kritikan dan pandangan pelbagai pihak.

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, pertemuan tersebut juga sebagai peluang kepada Pemuda PAS menilai keberkesanan gerak kerja mereka disamping mengambil input positif dan berguna bagi lebih memperkemaskannya.

"Ini menunjukkan sikap keterbukaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mendengar pandangan serta kritikan dan mengambil input-input positif dan berguna daripada semua pihak termasuk tokoh akademik," katanya pada sidang media selepas pertemuan tersebut.

Pertemuan khas hampir dua jam itu berlangsung secara tertutup di pejabat DPP bangunan PAS Jalan Raja Laut dan turut disertai beberapa Ahli jawatankuasa harian Pemuda PAS.

"Kami Pemuda PAS mengambil sikap menghormati kritikan dan pandangan itu dan wajar kita mendengar dan mendapatkan asas-asas kritikan dan teguran yang dilemparkan kepada PAS," ujarnya lagi.

Meskipun mengakui kritikan Dr. Abdul Aziz terhadap PAS sangat keras, namun Nasaruddin yakin tindakan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu bertujuan melihat PAS terus teguh dipersada politik negara.

"Saya menghargai kesudian dan kesungguhan Prof. Aziz Bari ini untuk memberi pandangan dan idea.

"Walaupun beliau bukan daripada orang dalam parti, tetapi melihat parti ini perlu bergerak aktif dan melakukan perubahan positif, " katanya lagi.

Beliau juga turut mengakui ada sesetengah pandangan Dr. Abdul Aziz tidak dipersetujui DPP namun mereka mengambil sikap terbuka dan masing-masing saling menghormati perbezaan tersebut.

"(Perbezaan) itu tidak lah besar sangat, lebih kepada persepsi.

"Beliau ahli akademik membuat persepsi dari luar sedangkan kami dalam parti mempunyai pemerhatian sendiri.... apa yang penting kita tetap menghormati tulisan beliau," katanya.

Monday, November 9, 2009

Awasi Ketagihan Anak Berinternet

Sadatul Mahiran

MINGGU peperiksaan sudah berakhir. Buku-buku teks pinjaman juga telah dipulangkan. Inilah waktunya pelajar-pelajar 'berbulan madu' menunggu saat-saat akhir cuti persekolahan penggal yang akan tiba dua minggu lagi.

Jika di rumah, selain menonton televisyen, aktiviti yang paling popular ialah permainan komputer dan melayari Internet.

Kini dengan pelbagai laman web yang boleh dilayari secara percuma serta menghiburkan, telah melekakan dan menjadi ketagihan golongan remaja.

Penggunaan Internet yang keterlaluan telah menjadi satu masalah yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa bukan sahaja di negara ini malah menjadi masalah sejagat.

Kanak-kanak dilihat sebagai paling terdedah apabila melayari web dan mudah menjadi mangsa gangguan dan pengintipan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh didapati di dalam talian yang memberi tumpuan terhadap isu ini dan perkara lebih penting ialah pendekatan proaktif yang diambil oleh semua pihak untuk mendidik kanak-kanak.

Pakar Psikiatri Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, di Portland, Amerika Syarikat, Dr. Jerald Block, dalam tulisan editorialnya untuk American Journal of Psychiatry berkata, masalah penggunaan Internet kini sudah menjadi serius di seluruh dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dianggap sebagai salah satu penyakit mental.

Menurut Dr. Jerald, beberapa kajian yang telah dibuat di beberapa negara mendapati masalah ketagihan Internet di negara berkenaan sudah mencapai tahap yang sebegitu serius sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk mengatasi dan membendung masalah tersebut.

Di Korea Selatan pula, bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaannya telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.

Malah sebahagian ibu bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan Internet sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan Internet .

Mengapa jadi begitu? Ini kerana sistem komputer mampu dimiliki dan talian Internet mudah disediakan oleh sesiapa di rumah. Keputusan ibu bapa untuk membeli komputer dan menghubungkannya ke Internet biasanya untuk kebaikan anak mereka. Internet memberi pelbagai manfaat yang meluaskan pengetahuan dan sebagai alat komunikasi.

Kebelakangan ini, terdapat banyak kes dilaporkan di seluruh dunia berkaitan pengintipan dan gangguan siber terhadap kanak-kanak. Ini boleh dielakkan jika kanak-kanak sedar tentang selok belok kegiatan sedemikian dan cara pencegahan, termasuk perbualan selamat, pertemuan dengan orang asing dan sebagainya.

Ibu bapa perlu memainkan peranan mengajar anak mereka tentang keselamatan, bahaya dan bersikap bertanggungjawab dalam dunia siber.


Penafian: Pihak Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768. Dibangunkan bersama Altfa Solution
H

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP